Saturday, October 24, 2009

Dukong Anak(Phyllanthus niruri )


Dukung anak merupakan sejenis herba yang amat mudah ditemui,jikalau kita perhatikan herba ini ada dimana sahaja seperti di tepi jalan,tepi rumah,kawasan semak-semak dan merata tempat.ia senang dicam berdasarkan sifatnya, dimana buahnya tumbuh dibatang dibawah daun. Banyak khasiat yang boleh didapati daripada herba ini.ia dijadikan ulaman serta sumber perubatan tradisional berasaskan herba. Ia mengandungi bahan kimia seperti:- geraniin, niruriside, phyllanthin, rutin etc. Herba Dukung anak amat mujarab dalam merawat masalah ginjal,hati,luka,lebam,ulser,sembelit,hepatitis B,membersihkan darah dan sebagainya,ia juga mengandungi bahan antivirus dan antibakteria,sengan kandungan bahan tersebut herba ini boleh digunakan untuk meredakan penyakit gonorea,siflis,selsema.

resource:Book -Rahsia Herba

No comments:

Post a Comment