Thursday, October 8, 2009

Pertanian dan Aku


hampir 3 tahun aku berkerja dalam sektor pertanian...aku rasa bidang ini amat sesuai dengan jiwa aku berbanding bidang lain.
Mengapa aku minat pertanian....sebabnya adalah
1.Aku berasal dari kampung,di mana pertanian adalah sumber utama pendapatan penduduknya.
2.Bapa aku berkerja di sektor pertanian,ini mempengaruhi jiwa aku dari kecil.
3.Aku melanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian di IPTA .
4.last...kerana tanpa pertanian,manusia akan kelaparan.

sekarang aku berada di seksyen padi & tanaman industri...salah satu seksyen yang mencabar.hampir 100% rakyat malaysia menjadikan padi sebagai sumber makanan ruji utama.kita masih mengharapkan beras import dari luarnegara kerana bekalan belum mencukupi untuk menampung jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.

Pengetahuan yang mendalam dan saintifik diperlukan dalam kita meningkat pengeluaran PADI dan juga tanaman industri ini..jadi banyak yang perlu dipelajari dari A - z.

Tanpa Pertanian manusia akan kelaparan,ekonomi negara akan musnah,negara kacau bilau,jadi marilah kita sama-sama menyokong Jabatan pertanian dalam mengerak industri Tanaman Negara....i luv agri

No comments:

Post a Comment