Wednesday, December 2, 2009

Padi Angin

Padi angin merupakan salah satu masalah utama yang memberi kesan terhadap pulangan hasil sawah- sawah Malaysia.Ia terdapat di serata tempat dan pelusuk dunia seperti America, kepulauan Caribbean, Africa, dan Asia.

Ditempat lain Padi Angin dikenali sebagai
Lua Lon(Vietnam)
Lutao(China)
Akamai(Jepun)
Sharei(Korea)
Khao pa(Laos)
Khao nok(Thailand)
Jhora dhan(Bangladesh
Red rice(Amerika)

Padi angin mempunyai ciri-ciri yang amat serupa dengan padi yang ditanam dan ia merupakan masalah yang besar di kawasan penanaman padi secara tabur terus.Apabila sawah terkena serangan padi angin,kos pengawalan sawah akan meningkat, Dimana ini akan merugikan para petani.

Masalah disebabkan Padi angin.
*Padi angin bersaing dengan padi yang ditanam dan akan menurunkan hasil.Petani tidak dapat menuai hasil padi angin kerana ia tempoh matangnya awal dan amat mudah relai.
*Apabila terdapat serangan 35% pada sawah,hasil tuaian akan berkurang sebanyak 50 - 60%.
*Padi angin boleh mengurangkan nilai kualiti pasaran hasil padi.

hasil padi angin amat mudah lerai dan ia gugur dahulu berbanding padi yang ditanam.

Contoh Pengiraan kerugian hasil akibat serangan Padi Angin.
andaikan terdapat serangan sekitar 12%.-38 tangkai padi angin dalam 1 meter per segi
*1 tangkai padi angin = 107 biji
*berat 1000 biji padi angin = 26.33 gram
ubah kepada KG = 0.0263

1 meter per segi = 38 x 107 x 0.0263
= 106.9 kg/m

1ha = 10000 x 106.93 / 1000
= 1069 kg
Jikalau belaku serangan di atas petak sawah sebanyak 127 /m2 maka petani telah mengalami kerugian hasil sebanyak 1069 kg/ha....satu jumlah yang besar.


resource:Weedy rice-Biology,Ecology and Management,MARDI
IRRI

No comments:

Post a Comment