Monday, December 21, 2009

Sulfur untuk PADI

Dalam tanaman padi dan juga tanaman lain, Sulfur adalah unsur nutrien semulajadi yang penting dalam pembentukan Klorofil,ia amat penting dalam penghasilan asid amino semulajadi seperti Cysteine, methionini dan cystine dalam tumbuhan dimana asid-asid amino ini penting dalam nutrisi kita seharian.Sulfur amat 'mobile' dalam tumbuhan dan kurang atau sederhana 'mobile' di dalam tanah.
Penanaman padi akan terjejas sekiranya sumber S ini amat kurang dalam tanah ataupun tanah dalam keadaan kurang baik dimana menyebabkan pengambilan S terjejas.kejadian kekurangan S jarang belaku,biasanya belaku di tanah yang berpasir,tanah yang kurang bahan organik dan tanah yang kaya dengan 'iron oxides'.Simptom dapat dikesan dengan terdapatmengecam pada daun muda padi(ia kelihatan kekuningan dan jika amat teruk pertumbuhan padi terbantut)
Dalam keadaan kes sedemikian ,pengaplikasian baja S perlulah dilaksanakan.

Baja yg mengandungi kandungan S
Amoniun sulphate (24% S)
Single Super Phosphate(12% S)
Gipsum(17% S)


aplikasi baja.
kesan kekurangan
*sederhana-10kg/ha
*teruk - 20 - 40 kg/ha

+ kesan baja S boleh bertahan dalam 2 musim penanaman.

sumber rujukan:IRRI

No comments:

Post a Comment