Saturday, March 27, 2010

Kelebihan FLAVONOIDS

Flavonoids terdiri daripada 6 major sub - kumpulan iaitu chalcone, flavone, flavonol, flavanone, anthocyanins dan isoflavonoids. ia terdapat dalam kebanyakan tumbuhan dan boleh ditemui dalam semua bahagian dari daun sehinggalah ke akar.ia mempunyai kandungan yang tinggi dalam tea(green & Black),buah-buahan dan kacang soya.Teh mengandungi kira-kira 25% flavanoids,antara buah-buahan yg tinggi kandungan flavonoids adalah epal(quercetin) dan Citrus(rutin dan hesperidin)

Terdapat kesan antioksida dalam Flavonoids, ini yang menyebabkan sebatian tersebut menjadi popular di dalam perubatan, sebatian ini kenalpasti mempunyai kesan anti algerik, anti kanser, anti inflammatory dan anti virus.Quercetin diketahui boleh melegakan demam, eszema, sinusitis dan asma. Flavonoid dalam teh boleh mengurangkan pengoksidaan low-density lipoprotein, menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida.
Soy flavonoid (isoflavon) juga boleh mengurangkan kolesterol darah dan dapat membantu untuk mencegah osteoporis, ia juga boleh meredakan gejala menopause.

No comments:

Post a Comment