Sunday, November 20, 2011

Beras perang lebih berkhasiat daripada beras putih, ia merupakan sumber vitamin yang amat bagus untuk keperluan seharian kita . Di kilang-kilang , beras perang ini diproses dan dibuang lapisan bewarna perang pada kulit luar beras .Setelah menjalani berbagai proses maka terhasillah beras putih seperti yang selalu kita makan seharian. Lapisan perang ini mengandungi kandungan minyak dimana di dalamnya terdapat sebatian tocopherols & tocotrienols yang merupakan unsur-unsur bagi sumber vitamin E Miskipun beras perang ini amat berkhasiat dan amat bagus untuk kesihatan ia perlu juga dibuang dan diproses bagi menjamin kualiti beras yang dihasilkan. Lapisan perang ini, dalam satu jangkamasa tertentu, secara perlahan ia akan mengalami proses pengoksidaan dan ini akan meningkatkan kandungan asid pada beras , tentu sahaja ini akan menjejaskan mutu dan kualiti beras yang terhasil terutamnya dari segi rasa dan struktur. Dengan teknologi yang semakin canggih, banyak kilang-kilang pemprosesan mula mengekstrak sebatian - sebatian yang terkandung dalam lapisan perang ini untuk dijadikan sumber yang mempunyai nilai yang tinggi seperti produk 'pharmaceuticals', minyak masak berkualiti dan juga produk kosmetik. Selain itu beras perang juga dijadikan sumber makanan yang berkhasiat bagi haiwan ternakan.

No comments:

Post a Comment