Saturday, December 5, 2009

Anggur Untuk Kesihatan..


Nilai perubatan dan gizi anggur (Vitis vinifera) telah digembar-gemborkan selama ribuan tahun. Orang Mesir purba menjadikan buah anggur sebagai gizi lebih kurang 6.000 tahun yang lalu, dan beberapa ahli falsafah Greek purba memuji kekuatan penyembuhan anggur . Rakyat Eropah mencipta ubat sapu(salap) penyembuh daripada getah tanaman anggur untuk menyembuhkan penyakit kulit dan mata. Daun anggur digunakan untuk menghentikan pendarahan, keradangan, dan rasa sakit contoh seperti buasir. Wain mentah digunakan untuk mengubati sakit tekak dan anggur kering (kismis) digunakan untuk menyembuhkan masalah perut, sembelit, dan kehausan. Buahnya yang Bulat dan manis digunakan untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser, kolera, cacar, mual, jangkitan mata, kulit, buah pinggang, dan penyakit hati.

Biji anggur mempunyai nilai perubatan yang tinggi, sebatian aktif dalam biji anggur yang diyakini mempunyai sifat antioksidan. Kajian terbaru mendapati bahawa ekstrak biji anggur secara substansial meningkatkan kadar antioksidan dalam darah. Antioksidan adalah zat yang memusnahkan radikal bebas yang merosakkan sebatian dalam tubuh yang mengubah membran sel, memodifikasi dengan DNA (bahan genetik), dan bahkan menyebabkan kematian sel. Radikal bebas berlaku secara semulajadi dalam tubuh, tetapi kemasukan toxin dalam badan (termasuk sinar ultraviolet, radiasi, asap, , ubat- ubat, dan pencemaran udara) juga boleh meningkatkan jumlah zarah(radikal bebas) . Radikal bebas dipercayai untuk menyumbang dalam proses penuaan serta pembangunan sejumlah masalah kesihatan, termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan yang ditemui dalam biji anggur boleh meneutralkan radikal bebas dan dapat mengurangkan atau bahkan membantu mencegah beberapa kerosakan yang timbul daripadanya.

Anggur mengandungi Vitamin E, flavonoid, asid linoleat, dan sebatian yang disebut procyanidins (juga dikenali sebagai tannin pekat, pycnogenols, dan oligomeric proanthocyanidins atau OPC) tertumpu dalam biji anggur. Sebatian sihat ini juga boleh dijumpai dalam kepekatan rendah di kulit buah anggur. Procyanidins juga ditemui dalam jus anggur , tetapi dalam kepekatan yang lebih rendah. Resveratrol sebatian yang berkaitan dengan procyanidins ditemui terutama di bahagian kulit buah. Resveratrol telah digunakan dengan banyak sebagai suplemen antioksidan.

Sumber rujukan:University Of Marryland -Medical Center.

HPA ada menghasilkan produk daripada biji anggur iaitu Flaxseed Oil (Softgel),dimana antara khasiatnya ialah:

* Mengandungi vitamin A, C, E yag tinggi.
* Menurunkan kolestrol.
* Antikanser.
* Antioksidan.
* Antibakteria.
* Menaikkan HDL, baik untuk jantung.



untuk maklumat lanjut layarilah :http://www.DuniaHerba.net/


No comments:

Post a Comment