Thursday, December 22, 2011

BUNGA KERTAS

a) Bunga Kertas
b) Bougainvillea spp (nama saintifik)

Bila sahaja disebut nama bunga ini, boleh dikatakan semua orang mengenalinya. Sifat fizikalnya yang menjalar dan keunikan warnanya bergantung kepada spesies menjadikannya amat terkenal di kalangan kita semua. Berdasarkan sumber sejarah, seorang pengembara dari kurun ke-18 dari ‘France’ iaitu Louis de Bougainville merupakan orang yang pertama sekali menemui bunga ini di benua Amerika Selatan. Hampir semua penduduk seluruh dunia menanam bunga ini, antara spesies terkenal yang sering ditanam adalah seperti B. glabra , B. spectabilis, B. Mrs. Butt, B. spinosa, B. peruviana dan berbagai lagi. Sebenarnya kelopak berwarna itu adalah daun pengasuh, bunga yang sebenarnya adalah di tengah – tengah. Ia amat kecil seperti bentuk silinder. Dari pandangan mata kasar kita lihat , daun pengasuh itu seolah-olah seperti kertas, atas sebab itu maka bunga ini dinamakan Bunga Kertas. Pokok Bunga Kertas sejenis tumbuhan yang lasak dan pengurusannya tidak rumit, meskipun tanpa penjagaan yang rapi ia dapat hidup dengan sempurna. Tetapi untuk mendapat bunga yang berkualiti, pengurusan tanaman perlulah dijaga ia termasuk pembajaan, keperluan air, pemangkasan, pencahayaan dan lain-lain lagi.Bunga kertas sangat suka akan cahaya matahari, ia akan sentiasa menghasilkan bunga apabila mendapat cahaya yang mencukupi. Oleh sebab ia bersifat menjalar maka ia sesuai dibentuk mengikut cita rasa pengemarnya, ada yang menjadikannya sebagai Bonsai renek dan juga penghias di pagola ataupun pagar -pagar di rumah .

No comments:

Post a Comment