Thursday, December 22, 2011

Bunga Puding


Dari jauh kita sudah dapat mengenal pasti akan bunga ini. Terutamanya di waktu hari cerah, cahaya yang terpancar dari suria menjelaskan lagi kecantikan  warna-warna  pada daun bunga tersebut . Ada yang berwarna berbelang-belang,bertompok-tompok ,  bintik-bintik kecil dan bermacam – macam lagi. Bentuknya juga berbeza mengikut spesies yang ditanam. Dengan kepelbagaian  warna  dan juga bentuk yang ada  pada daun, bunga ini amat tersohor dan terkenal terutamanya di Malaysia mahupun rantau Asia Tenggara dan sudah tentu  menjadi kegemaran ramai orang untuk menanamnya sebagai tanaman perhiasan untuk menyerikan lagi   laman rumah. Bunga Puding itulah gelaran yang diberi pada tanaman ini, nama saintifik bagi bunga ini  adalah ‘Codiaeum spp’ dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae.

Kalau kita perhatikan di kampung-kampung mahu  pun di tanah rancangan Felda, begitu ramai orang  menanam Bunga Puding di laman rumah sebagai pokok pagar dan juga sebagai  sebagai tanaman hiasan. Ada pula  yang dijadikan perhiasan di ruangan pameran  bagi menambah keceriaan galeri  untuk menarik perhatian pengunjung untuk datang. Bunga ini  amat mudah ditanam dan pengurusannya pula  tidak merumitkan.
Ia boleh dikenal pasti berdasarkan sifat bentuk pada daun seperti:-

Krispum – Kerinting, beralun pada tepi daun
Platifilum  - Daun lebar,hujung lebih besar pada pangkal.
Lobatum  - Daun bercuping tiga,lebar pada tengah
Kornutum – Urat timbul dan jelas menonjol pada daun.
Apendikulatum- Daun panjang dan kecil/tidak lebar

Tidak dapat dipastikan sama ada bunga Puding  boleh dijadikan sebagai tanaman perubatan tetapi terdapat rujukan dari negara China bahawa ia digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit Gastrik.
Antara spesies yang terkenal adalah Codiaeum variegatum, ia sering dijadikan sebagai penghias halaman rumah bagi kebanyakan peminatnya.

No comments:

Post a Comment