Sunday, April 14, 2013

Lawatan Ladang Tennakan Kelulut, Merbok

Akhirnya berkesempatan juga untuk menjejaki kaki di tempat ini. Jika ada perancangan untuk  melawat chandi di batu pahat, singgah lah ke ladang kelulut ini, lokasinya sangat   berhampiran dengan pintu masuk kompleks chandi kira-kira 50 meter sahaja.


   Bersama pemilik ladang.

Ada pelbagai spesis Lebah Trigona yang diternak di sini, antaranya seperti .Tapicalis, T. Itama dll.
Di sini juga ada dikeluarkan produk madu bagi pengunjung yang ingin merasai sendiri kenikmatnnya.


Produk hasilan madu Trigona spp

Friday, December 23, 2011

Bunga Rama-Rama

Oxalis triangularis

Daunnya berbentuk seakan-akan Rama-rama, berwarna ungu gelap dan mempunyai bunga yang cantik.pokok ini digelar Bunga Rama-rama, iai amat sesuai ditanam di dalam pasu sebagai pengindah suasana di kawasan rumah kita.

Thursday, December 22, 2011

Bunga Puding


Dari jauh kita sudah dapat mengenal pasti akan bunga ini. Terutamanya di waktu hari cerah, cahaya yang terpancar dari suria menjelaskan lagi kecantikan  warna-warna  pada daun bunga tersebut . Ada yang berwarna berbelang-belang,bertompok-tompok ,  bintik-bintik kecil dan bermacam – macam lagi. Bentuknya juga berbeza mengikut spesies yang ditanam. Dengan kepelbagaian  warna  dan juga bentuk yang ada  pada daun, bunga ini amat tersohor dan terkenal terutamanya di Malaysia mahupun rantau Asia Tenggara dan sudah tentu  menjadi kegemaran ramai orang untuk menanamnya sebagai tanaman perhiasan untuk menyerikan lagi   laman rumah. Bunga Puding itulah gelaran yang diberi pada tanaman ini, nama saintifik bagi bunga ini  adalah ‘Codiaeum spp’ dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae.

Kalau kita perhatikan di kampung-kampung mahu  pun di tanah rancangan Felda, begitu ramai orang  menanam Bunga Puding di laman rumah sebagai pokok pagar dan juga sebagai  sebagai tanaman hiasan. Ada pula  yang dijadikan perhiasan di ruangan pameran  bagi menambah keceriaan galeri  untuk menarik perhatian pengunjung untuk datang. Bunga ini  amat mudah ditanam dan pengurusannya pula  tidak merumitkan.
Ia boleh dikenal pasti berdasarkan sifat bentuk pada daun seperti:-

Krispum – Kerinting, beralun pada tepi daun
Platifilum  - Daun lebar,hujung lebih besar pada pangkal.
Lobatum  - Daun bercuping tiga,lebar pada tengah
Kornutum – Urat timbul dan jelas menonjol pada daun.
Apendikulatum- Daun panjang dan kecil/tidak lebar

Tidak dapat dipastikan sama ada bunga Puding  boleh dijadikan sebagai tanaman perubatan tetapi terdapat rujukan dari negara China bahawa ia digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit Gastrik.
Antara spesies yang terkenal adalah Codiaeum variegatum, ia sering dijadikan sebagai penghias halaman rumah bagi kebanyakan peminatnya.

BUNGA KERTAS

a) Bunga Kertas
b) Bougainvillea spp (nama saintifik)

Bila sahaja disebut nama bunga ini, boleh dikatakan semua orang mengenalinya. Sifat fizikalnya yang menjalar dan keunikan warnanya bergantung kepada spesies menjadikannya amat terkenal di kalangan kita semua. Berdasarkan sumber sejarah, seorang pengembara dari kurun ke-18 dari ‘France’ iaitu Louis de Bougainville merupakan orang yang pertama sekali menemui bunga ini di benua Amerika Selatan. Hampir semua penduduk seluruh dunia menanam bunga ini, antara spesies terkenal yang sering ditanam adalah seperti B. glabra , B. spectabilis, B. Mrs. Butt, B. spinosa, B. peruviana dan berbagai lagi. Sebenarnya kelopak berwarna itu adalah daun pengasuh, bunga yang sebenarnya adalah di tengah – tengah. Ia amat kecil seperti bentuk silinder. Dari pandangan mata kasar kita lihat , daun pengasuh itu seolah-olah seperti kertas, atas sebab itu maka bunga ini dinamakan Bunga Kertas. Pokok Bunga Kertas sejenis tumbuhan yang lasak dan pengurusannya tidak rumit, meskipun tanpa penjagaan yang rapi ia dapat hidup dengan sempurna. Tetapi untuk mendapat bunga yang berkualiti, pengurusan tanaman perlulah dijaga ia termasuk pembajaan, keperluan air, pemangkasan, pencahayaan dan lain-lain lagi.Bunga kertas sangat suka akan cahaya matahari, ia akan sentiasa menghasilkan bunga apabila mendapat cahaya yang mencukupi. Oleh sebab ia bersifat menjalar maka ia sesuai dibentuk mengikut cita rasa pengemarnya, ada yang menjadikannya sebagai Bonsai renek dan juga penghias di pagola ataupun pagar -pagar di rumah .

POKOK PELURU MERIAM

Pelik apabila mendengar nama pokok ini, itu lah gelaran yang diberi kepada pokok Couroupita guianensis. Kalau dilihat pada buahnya anda akan sedar mengapa ia dipanggil peluru meriam.Fizikal buahnya memang seperti peluru meriam dan jika kita kupas sedikit kulitnya kemudian dilambung ke udara, bila sahaja ia mencecah tanah, ia akan bederai dan mengeluarkan bunyi " Booommm " yang amat kuat. Sebelum mengeluarkan buah yang bewarna perang dan agak berbau busuk itu, pokok ini menghasilkan bunga yang agak cantik dan sama sekali berbeza dengan buahnya, bunga pokok peluru meriam mempunyai saiz yang agak besar, ia bewarna oren kekuningan dan warna peach di tengahnya.
bunga pokok peluru meriam.-Diambil di Taman Pertanian Tenom Sabah.

Sunday, November 20, 2011

Beras perang lebih berkhasiat daripada beras putih, ia merupakan sumber vitamin yang amat bagus untuk keperluan seharian kita . Di kilang-kilang , beras perang ini diproses dan dibuang lapisan bewarna perang pada kulit luar beras .Setelah menjalani berbagai proses maka terhasillah beras putih seperti yang selalu kita makan seharian. Lapisan perang ini mengandungi kandungan minyak dimana di dalamnya terdapat sebatian tocopherols & tocotrienols yang merupakan unsur-unsur bagi sumber vitamin E Miskipun beras perang ini amat berkhasiat dan amat bagus untuk kesihatan ia perlu juga dibuang dan diproses bagi menjamin kualiti beras yang dihasilkan. Lapisan perang ini, dalam satu jangkamasa tertentu, secara perlahan ia akan mengalami proses pengoksidaan dan ini akan meningkatkan kandungan asid pada beras , tentu sahaja ini akan menjejaskan mutu dan kualiti beras yang terhasil terutamnya dari segi rasa dan struktur. Dengan teknologi yang semakin canggih, banyak kilang-kilang pemprosesan mula mengekstrak sebatian - sebatian yang terkandung dalam lapisan perang ini untuk dijadikan sumber yang mempunyai nilai yang tinggi seperti produk 'pharmaceuticals', minyak masak berkualiti dan juga produk kosmetik. Selain itu beras perang juga dijadikan sumber makanan yang berkhasiat bagi haiwan ternakan.